Loading...
Tips Hiking

3 JENIS DAPUR GAS HIKING YANG KORANG PERLU BAWA

dapur gas hiking

Kalau nak hiking, tak kisahlah naik gunung ke air terjun, bila di puncak mesti sedap layan permandangan dengan air kopi panas kan? Sebab itu perlu juga kita bawa dapur gas hiking naik ke atas.

Kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua, jenis dapur gas hiking yang biasa kami bawa, nak bawa masa camping pun boleh, janji mana yang senang untuk korang.

dapur gas hiking
Dapur Gas Mini

Aku suka jenis yang ini sebab kompak dan mudah. Kalau beli tu biasanya dapat casing lagi, jadi bila tak digunakan senang kita nak storage. Masuk gas, pulas. Tak perlu pakai api sebab dia dah ada starter “ketek ketek” tu.

Kelemahan dia, kau kena cari tempat yang rata sebab bila dah masuk butane gas tu, boleh tahan juga makan space. Jadi kalau tempat kau tak rata, jenuh juga nanti nak kena adjust.

Dapur Gas Mini (split type)

Yang ini pula jenis kedua yang biasa korang akan tengok kat kedai or mana port online shopping². Bj la suka jenis ni, katanya bila boleh split tapak gas dan hose, senang sikit untuk bawa. Tambahan pula, kau tak perlu tempat besar untuk setup dapur gas hiking jenis ni. Permukaan tak rata pun takda masalah.

Cuma, satu benda yang aku perasan, dan Bj pun asyik komplen. Sebab kau selalu bukak pasang bukak pasang hose tu, lama² sambungan dia jadi longgar dan gas boleh leaking keluar. Bahaya tu, boleh jadi punca terbakar

dapur gas pensonic
Dapur Portable

Ok jenis dapur portable ni, biasanya aku akan pakai kalau trip camping saja. Berat kot kalau nak bawa hiking. Kau nak bancuh kopi dengan masak megi mee kari saja pun. Bukan gambar aku, pinjam saja.

Senang juga nak pakai, anak aku pun boleh masak pakai dapur jenis ni. Kunci punat tu untuk “lock” gas, pulas saja starter dan adjust gas flow untuk kuat/slow api.

Ok, itu saja kot 3 dapur gas hiking yang ada di pasaran, cuma ada juga bentuknya mungkin berbeza terutamanya yang dari US. Dah kalau dapur je ada periuk semua macam mana?

Mess Tin & Kole

Untuk yang tak tahu, benda bentuk 4 segi namanya mess tin. Kira multipurpose lah. Itu lah tempat aku masak air, masak megi, goreng hotdog. Sikit tips: balut handle dengan tali untuk elak tangan terkena kepanasan melampau

Please follow and like us:
error
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *