Dah lama aku dengar, dekat rumah aku ada waterfall best dalam ayer hitam reserve – Blue Lagoon. Biasa orang akan naik ikut bukit wawasan Puchong.
Bebudak UPM lah, dulu cerita ada port best diorang mandi. Airnya biru, katanya ada konten mineral tinggi. Sekarang, Blue Lagoon tak boleh masuk. Dengarnya dah kena kepung, malah ada renjer yang jaga.
Rasa nak lebur RM10k bayar denda silakan.
Jadi, kali ini aku ajak geng hikersbuncit ke kawasan bersebelahan – Bukit Wawasan Puchong. Bukit ini dari dulu aku tau memang port untuk uncle², auntie² pecah peluh. Jangan pandang rendah geng, mau kau tercicir kalau ikut old timers ni.
Trailnya orang kata senang, bohong. Sebab start dia kau akan pam terus naik. Kami tanya orang sekeliling, macam mana nak ke waterfall. Mcm² info, sampai sesat lah kitorang.
Trailnya ada banyak, dan diberitakan hampir semuanya akan lalu juga waterfall bukit wawasan. Jika mahu ke Blue Lagoon, ada trail lain yang perlu diambil di puncak.
Info kurang, jadi aku redah jelah dengan BJ, Gaban, Katik, Ajaq, Pakdy.
Kalau nak hiking, tak kisahlah naik gunung ke air terjun, bila di puncak mesti sedap layan permandangan dengan air kopi panas kan? Sebab itu perlu juga kita bawa dapur gas hiking naik ke atas.
Kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua, jenis dapur gas yang biasa kami bawa, nak bawa masa camping pun boleh, janji mana yang senang untuk korang.
Dapur Gas Mini
#1 – Dapur Gas Mini
Aku suka jenis yang ini sebab kompak dan mudah. Kalau beli kat shopee tu biasanya dapat casing lagi, jadi bila tak digunakan senang kita nak storage. Masuk gas butane, pulas. Tak perlu pakai api sebab dia dah ada starter “ketek ketek” tu.
Kelemahan dia, kau kena cari tempat yang rata sebab bila dah masuk gas butane tu, boleh tahan juga makan space. Jadi kalau tempat kau tak rata, jenuh juga nanti nak kena adjust.
Dapur Gas Mini (split type)
#2 – Dapur Gas Mini – Split Type
Yang ini pula jenis kedua yang korang boleh beli. Dulu kami bawa ni juga, kata BJ bila boleh split tapak gas dan hose, senang sikit untuk bawa. Tambahan pula, kau tak perlu tempat besar untuk setup dapur gas hiking jenis ni. Permukaan tak rata pun takda masalah.
Cuma, satu benda yang aku perasan, dan Bj pun asyik komplen. Sebab kau selalu buka pasang buka pasang hose tu, lama² sambungan dia jadi longgar dan gas boleh leaking keluar. Bahaya tu, boleh jadi punca terbakar
Dapur Gas Portable
#3 Outdoor Portable Gas Stove
Ok, jenis dapur portable ni, biasanya aku akan pakai kalau trip camping saja. Berat kot kalau nak bawa hiking. Kau nak bancuh kopi dengan masak megi mee kari saja pun. Tapi sekarang kami bawak jenis yang ini je, senang bukak terus boleh on masak!
Kalau nak beli online tu make sure beli sekali dengan casing dia, senang sikit nak masuk beg.
Senang juga nak pakai, anak aku pun boleh masak pakai dapur jenis ni. Kunci punat tu untuk “lock” gas, pulas saja starter dan adjust gas flow untuk kuat/slow api.
Ok, itu saja kot 3 dapur gas hiking yang ada di pasaran, cuma ada juga bentuknya mungkin berbeza terutamanya yang dari US. Dah kalau dapur je ada periuk semua macam mana?
Mess Tin & Kole
Untuk yang tak tahu, benda bentuk 4 segi namanya mess tin. Kira multipurpose lah. Itu lah tempat aku masak air, masak megi, goreng hotdog. Sikit tips: balut handle dengan tali untuk elak tangan terkena kepanasan melampau
Disebabkan ada rasa lemau, jadi kami decide untuk hiking ringan² saja. Apa lagi ke air terjun Sofea Jane lah lagi..
Asalnya nak ke Lata Maya Karin, namun sebab aku, BJ, Wez & Pau pun start lambat kitorang target ke Sofea Jane sajalah dulu.
Track ni memang sesuai sangat untuk beginners, malah masa mula² kitorang start hiking, inilah trail yang kitorang layan dulu. Mujur hari trekking kering, kalau basah, banjir jugak trail tu dikerjakan geng ATV.
Air terjun di Kemensah ni ada 5 kesemuanya, yang mana sudah ditukarkan nama kepada nama artis² (part ni aku tak faham kenapa). Dulu ada papan tanda penunjuk semua POI lata ni, tapi hari kitorang hiking ni, papan tanda tu dah ranap
Kat bawah ni aku susun Air Terjun / Lata dari bawah seingat aku lah. Korang boleh jugak cari blog hikers lain yang ada gambar papan tanda penunjuk kesemua air terjun ni;
Air Terjun Kubang Gajah (Sofea Jane)
Tempat kami lepak
Cabang Sungai
Kanan ke Lata Syam
Kiri ke Lata Pinang
Seterusnya ke Lata Maya Karin
dan berhampiran Lata Neelofa
So harap korang yang duduk dekat area KL yang tetiba kempunan nak hiking tu bolehlah layan trail Kemensah ni. Sampai atas, bolehlah layan berendam.
Bila hiking tu memang seronok, namun keselamatan juga perlu diberikan keutamaan. Kali ini aku nak kongsi sikit pasal first aid kit hiking basic yang biasa aku bawa dalam trip hiking hikersbuncit
Kali ni aku nak kongsi apa yang aku isi dalam first aid kit/survival kit aku. Kalau trip ada Doc K atau Doc L aku tak kisah sangat. Tapi diorang selalu busy, jadi aku la poyo² jadi first aider, kononnya sebab ada training
First Aid kit + Basic survival tools
Kebiasaannya aku pack basic first aid saja. Terpulang kepada masing² lah, asalkan barang kau tau guna. Pada aku tiada yang terbaik, atas kita untuk menyediakan first aid kit hiking basic untuk kecemasan.
#1 First Aid Kit
Ini list aku; set first aid ni aku beli kat Parkson dulu and aku tambah apa² lagi yang aku rasa perlu. Tak pun kau yang dah lengkap dan berisi. Decathlon punya pun dah jual kat shopee.
Antara benda dalam first aid yang korang perlu tahu, in case nak top-up or beli asing²:
Triangular Bandage – Ini barang banyak guna. Boleh buat support, boleh buat balut.
Alcohol/Iodin Swab Pad – Kalau ada luka tu, kena prep dulu. Jadi guna swab pad untuk cuci dan bunuh kuman
Gauze Pad – Bila dah prep luka, boleh balut dengan gauze pad. Macam jaring la.
Plaster – Barang standard untuk tampal luka kecil. Bila bawa budak, kau tempel ja plaster. Banyak sangat barang cuak pula budak
Safety Pin – Stok aku dah habis, so aku standby jarum ja. Selit je mana² kau rasa perlu.
Gunting – Nak potong, mekap apa yang patut.
Selotape – Stok aku dah habis, rasanya buat balut anak Karam luka masa trip ke Setinggi. Guna tape untuk mekap apa yang patut.
Ameltz Yoko atau Koyok – Yang ni cepat habis. Kalau dah buncit, sekali sekala kau bajet nak hiking, confirm cramp.
Mozzi Patch/Oil – aku pakai essential oil aerinaorganics. Yang ni khas untuk puak darah manis yang nyamuk suka
Panadol – Pain killer wajib ada, terutamanya bila ada member yang pewai, kau telan saja 2 biji.
#2 Survival Tools
Kita ni mampu merancang saja, mana nak tahu tertimpa musibah sampai kau terperangkap dalam hutan. Jadi, selain dari first aid kit hiking ni, basic survival kit kena ada juga. Biasanya aku pack barang seperti berikut;
Ration – Ikut kau lah, aku bawa biskut/coklat boleh tahan 2 hari. Buat alas perut sementara tunggu pihak keselamatan rescue
Wisel – Ini penting. Tiup sekuat hati kalau kau terperangkap dalam gaung ke apa. Senang penyelamat nak locate kau. Sebenarnya ada sistem bunyian. Aku pun tak ingat sequence bunyi macam mana, tiup sajalah bagi bunyi asalkan orang dengar. Paling koman belajar Morse code – S.O.S
Coleman Multitool – Kita bukan McGyver. Tapi ada pisau canggih boleh juga kau potong kayu ke ranting buat unggun api kecil.
Lampu – Kalau dah sangkut hutan sampai malam, kau berani sangat dalam gelap? Bagusnya yang boleh ikat kat kepala macam yang jual kat Decathlon
Flint/Lighter – Nak hidupkan api. Kalau reti nak hidupkan api macam dalam movie, takpalah
Kalau tiada training first aid, rajin² tengok youtube. Banyak video ada yang boleh kita rujuk, cara² nak handle situasi kecemasan bila ada kawan atau diri sendiri tercedera.
Apapun, yang paling penting dan sentiasa perlu ingat, hormati hutan dan jangan paksa diri kalau dah pewai.
So macam inilah rupa basic first aid hiking kit aku, korang punya macam mana, share la sikit? Apapun, selamat hiking dan hikinglah dengan selamat