Category: Vlog

  • Akhirnya, Hikersbuncit sampai di air terjun teratas Sungai Gapok! (rasanya lah)

    Akhirnya, Hikersbuncit sampai di air terjun teratas Sungai Gapok! (rasanya lah)

    Dalam entri lepas, kami kongsikan trip ke Sungai Gapok/Gobok yang mana berakhir di tingkat ke-5. Masa itu, kami nekad mahu sampai ke tingkat teratas sebab dari cerita Gaban, cantiknya macam Niagara Falls haha.

    Trip kali ni, ramai juga disertai oleh Aku, Bj, Gaban, Katek, Mankaq, Wez & Abg Lutfi (otai hiking). Abg Lutfi sebenarnya dijemput oleh Pau, sekali orang yang jemput diserang gaut terus cancel trip.

    Macam biasa, perjalanan kita bermula dari trail head ke Gunung Hitam, Hulu Langat dan diteruskan saja menyusuri denai. Ketika trip pertama kami ke sini, perjalanan kami tersekat kerana beberapa halangan seperti pokok tumbang dan trail semak (pasca PKP).

    Trip kali ini kami bawa parang, just in case. Tapi bila kami jejak denai kami dapati banyak jalan dah terang. Orang kampung mungkin clearkan jalan sebab kat atas ada juga tanah yang diusahakan.

    Alhamdulillah, kami sampai juga ke air terjun tingkat terakhir Sungai Gapok. Permandangan dia best gila. Air pun cantik. Cuma, aku ada naikkan dron untuk tinjau, nampak dari jauh macam ada lagi tingkat kat atas. Kata Gaban, trip lepas dia guide kata atas tu punca air.

    Dari kesan sekeliling, memang ada saja orang pernah ke sini, malah kami rasakan ada yang mungkin bermalam di sini berdasarkan kesan2 “camping”. Jadi ok lah, tak la kami rasa seram sangat takut tempat yang terbiar lama ni macam2 ceritanya.

    sungai gapok

    Menurut Gaban, air terjun ni dah berubah sikit landskapnya. Ini mungkin kerana banjir besar terakhir di Hulu Langat. Ada batang2 pokok tumbang yang hanyut sampai ke sini, dan gigi air pun ada berubah katanya lagi.

    Apa pun, trip ni memang enjoy sebab dirasakan sangat berbaloi setelah 3 kali percubaan untuk ke sini. Wajib repeat!

    • Tempoh hiking (speed buncit): 40-60 mins
    • Kepayahan trail: 3/5
    • Serangan pacat: 1/5
  • Kembali ke Sungai Gapok, kali ini mudik sungai mencari Air Terjun!

    Kembali ke Sungai Gapok, kali ini mudik sungai mencari Air Terjun!

    Last trip ke sini, kami memang dah pasang niat untuk repeat. Cuma kami nak cuba trekking dari bawah sungai sampai ke atas. Kiranya eksplorasi air terjun kat Sungai Gapok/Gobok ni sebab orang setempat kata ada 11 ke 14 tingkat. Gila kau!

    Untuk ke trail head ni, bagus refer kat trip sebelum ni. Kalau tak jumpa juga tak tau lah.

    Menurut info yang kami dapat, sebenarnya untuk start mudik sungai, perlu ke kanan dekat trail head. Cuma pemilik tanah kebun situ dah block jalan, jadi kita pun tak nak la menceroboh. Jadi kita amek saja trail ke Gunung Hitam menghala ke Air Terjun Lawing.

    Trekking sikit nanti akan sampai ke persimpangan Lawing kiri dan Gapok kanan. Kami ikut kanan dan hanya mencari bunyi sungai.

    Memandangkan tiada “trail” untuk ke sungai, maka kami redah sahaja turun bukit mengikut bunyi anak sungai. Syukur jumpa!

    Best kan? Trail untuk ke sini mudik sungai sekitar 1.5 jam. Itu pun baru separuh perjalanan! Korang tengok lah sendiri video..

    Apapun, trip ke Air Terjun Gapok ni setakat ni menarik. Hiking pun aman² saja dan air terjun dia syok mandi! Kita tunggu part 3 pula, hikersbuncit nak naik lagi ke atas yeha!

  • Pantai Kerachut, hiking ke pantai di Pulau Pinang

    Pantai Kerachut, hiking ke pantai di Pulau Pinang

    Kali ini kita buat kelainan sikit, biasanya hiking ke waterfall kali ini kita layan bucket list BJ nak hiking ke Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang

    Untuk ke Pulau Pinang, kami decide untuk naik keretapi ETS, dah alang² nak feeling kan. Senang je nak beli tiket, semuanya online. Tiket ada 2 jenis, Gold dan Platinum. Senang cerita, Platinum ni lagi cepat sampai sebab tak berhenti kat semua stesen.

    Layan juga perjalanan tren ni, boleh rehat² dan kalau bosan boleh lepak kat kedai kopi..

    Sampai di Butterworth, kami naik Grab dan ke homestay di Batu Ferringhi sebab lokasi berdekatan dengan Taman Negara Pulau Pinang

    Tiket masuk ke Taman Negara untuk warganegara adalah RM10, nanti akan diberikan gelang tangan. Korang boleh check map kat depan pintu masuk untuk dapat idea trail. Lagi satu, kat depan ni nanti ada khidmat servis boat pulang dari Pantai Kerachut, harga RM100-150. Dinasihatkan ambil boat yang dalam pintu pagar Taman Negara.

    Jangan tertipu dengan trail dia gais, mula² memang nampak senang, landai je.. lepas tu dia terus prehhh mencanak mendaki. Bagusnya, kat tempat curam² tu ada dibuat tangga batu dan tempat pegang kat tepi. Korang tengoklah video kitorang ni untuk gambaran sikit

  • Pencarian Air Terjun bertingkat Gapok (Sungai Gobok), Gunung Hitam Hulu Langat

    Pencarian Air Terjun bertingkat Gapok (Sungai Gobok), Gunung Hitam Hulu Langat

    Sebab tak puas hati trip hiking ke Jeram Kedah, hikersbuncit repeat ke Hulu Langat. Asalnya mahu ke Jeram Mata Gajah, akhirnya tukar plan ke tempat yang akhirnya kami ketahui dinamakan Air Terjun Sungai Gapok Gunung Hitam

    Mulanya kami ambil keputusan untuk ke Air Terjun Lawing sahaja sehinggalah diberitahu Gaban, dia pernah ke Air Terjun Gapok beberapa bulan dulu tapi bukan ke Lawing, ada cabang lain sungai dan air terjun dia dikatakan macam Niagara Falls (Gaban kalau bercerita..)

    Untuk ke sana, google je Gunung Hitam Trail Head hala ke Kampung Orang Asli Paya Lebar. Google street view kat bawah ni, lepas Surau Kampung Sungai Lui ready ambil simpang kiri.

    Pandu sikit dan korang akan nampak kolam ikan bakar Sri Nikat. Dekat sini korang boleh parking untuk menapak dalam 2km ke trail head. Tanya la dulu orang² situ mana tempat boleh parking, nanti kacau jalan orang pula.

    Tapi.. kalau rasa hati kering boleh je nak masuk terus sampai ke parking trail head. Jalan dia sempit, tak rata, ada bahagian yang berlopak (ada paip pecah). Kami malas menapak, and masa pun dah matahari tegak, maka redah saja lah (sebenarnya malas)

    Kalau naik kereta slow² ni ada la kot 15 minit perjalanan sampai ke parking, yang belah kiri.

    Ikuti pengalaman kami mencari air terjun bertingkat Gapok ni, walaupun tak jumpa namun dapat spot air terjun adik beradik dia pun jadi lahhhh

    Trail agak lama terbiar, mungkin sejak PKP bertambah lagi terbiar. Bagus bawa parang untuk clearkan apa yang patut. Kami ada tandakan starting point untuk turun ke air terjun yang kami singgah dengan plastik biru, harap dapat membantu.

    Apapun, trip kali ni sangat enjoy dan memandangkan dikatakan ada 11 tingkat air terjun, hikersbuncit berhajat nak tawan semua tingkat di Air Terjun Sungai Gapok Gunung Hitam ini!

  • Jeram Kedah, Ulu Beranang. Terkejut dengan keadaan semasa (Feb 2023)

    Jeram Kedah, Ulu Beranang. Terkejut dengan keadaan semasa (Feb 2023)

    Lama gila tak hiking! Sejak pandemik melanda geng hikersbuncit ambil keputusan untuk berehat seketika. Tunggu lah sampai line dah clear betul². Jadi, setelah sekian lama, kami ambil keputusan untuk ke Jeram Kedah Ulu Beranang

    Ok lah, tak jauh dari rumah masing². Nak pula, carian kat internet nampak macam trail mudah, kita pun dah lama tak hiking. Waterfall walaupun kecil, tapi cun gila sebab lalu celah “canyon” – nama jolokon diberi netizen.

    Ikuti pengalaman kami (Kadet, Mus, Bj, Pakdy, Pau, Mat Reh, Mamu) ke sana;

    Cuma sayang sangat, bila penduduk orang asli setempat bagitahu sejak ada aktiviti pembalakan air sungai dah jadi sangat keruh. Beberapa kali juga dah bawa ke pihak berwajib, sebab inilah punca air penduduk setempat. Namun, apa daya, macam tak jadi apa.

    Kita doakanlah tempat ini segera pulih cantik seperti sediakala gais!

    Hiking dengan selamat dan selamat hiking