Loading...
Tips Hiking

FIRST AID HIKING KIT

first aid hiking kit

Bila hiking tu memang seronok, namun keselamatan juga perlu diberikan keutamaan. Kali ini aku nak kongsi sikit pasal first aid hiking kit basic yang biasa aku bawa dalam trip hiking hikersbuncit

Kali ni aku nak kongsi apa yang aku isi dalam first aid hiking kit/survival kit aku. Kalau trip ada Doc K atau Doc L aku tak kisah sangat. Tapi diorang selalu busy, jadi aku la poyo² jadi first aider, kononnya sebab ada training 🙄

first aid hiking kit
First Aid kit + Basic survival tools

Kebiasaannya aku pack basic first aid saja. Terpulang kepada masing² lah, asalkan barang kau tau guna. Pada aku tiada yang terbaik, atas kita untuk menyediakan first aid hiking kit basic untuk kecemasan.

Ini list aku; set first aid ni aku beli kat Parkson dulu and aku tambah apa² lagi yang aku rasa perlu. Tak pun kau beli online saja, lengkap dah berisi. Antara benda dalam first aid yang korang perlu tahu, in case nak top-up or beli asing²:

  1. Triangular Bandage – Ini barang banyak guna. Boleh buat support, boleh buat balut.
  2. Alcohol/Iodin Swab Pad – Kalau ada luka tu, kena prep dulu. Jadi guna swab pad untuk cuci dan bunuh kuman
  3. Gauze Pad – Bila dah prep luka, boleh balut dengan gauze pad. Macam jaring la.
  4. Crepe rolls – Yang kau guna utk ikat gauze pad. Balut sesedap rasa.
  5. Plaster – Barang standard untuk tampal luka kecil. Bila bawa budak, kau tempel ja plaster. Banyak sangat barang cuak pula budak
  6. Safety Pin – Stok aku dah habis, so aku standby jarum ja. Selit je mana² kau rasa perlu.
  7. Gunting – Nak potong, mekap apa yang patut.
  8. Selotape – Stok aku dah habis, rasanya buat balut anak Karam luka masa trip ke Setinggi. Guna tape untuk mekap apa yang patut.
  9. Ameltz Yoko atau Koyok – Yang ni cepat habis. Kalau dah buncit, sekali sekala kau bajet nak hiking, confirm cramp.
  10. Mozzi Patch/Oil – aku pakai essential oil aerinaorganics. Habis pulak. Yang ni khas untuk puak darah manis yang nyamuk suka
  11. Panadol – Pain killer wajib ada, terutamanya bila ada member yang pewai, kau telan saja 2 biji.

Kita ni mampu merancang saja, mana nak tahu tertimpa musibah sampai kau terperangkap dalam hutan. Jadi, basic survival kit kena ada juga. Biasanya aku pack barang seperti berikut;

  1. Ration – Ikut kau lah, aku bawa biskut/coklat boleh tahan 2 hari. Buat alas perut sementara tunggu pihak keselamatan rescue
  2. Wisel – Ini penting. Tiup sekuat hati kalau kau terperangkap dalam gaung ke apa. Senang penyelamat nak locate kau. Sebenarnya ada sistem bunyian. Aku pun tak ingat sequence bunyi macam mana, tiup sajalah bagi bunyi asalkan orang dengar. Paling koman belajar Morse code – S.O.S
  3. Coleman Multitool – Kita bukan McGyver. Tapi ada pisau boleh juga kau potong kayu ke ranting buat unggun api kecil. Boleh beli kat sini
  4. Lampu – Kalau dah sangkut hutan sampai malam, kau berani sangat dalam gelap?
  5. Flint/Lighter – Nak hidupkan api. Kalau reti nak hidupkan api macam dalam movie, tak pa

Kalau tiada training first aid, rajin² tengok youtube. Banyak video ada yang boleh kita rujuk, cara² nak handle situasi kecemasan bila ada kawan atau diri sendiri tercedera.

Apapun, yang paling penting dan sentiasa perlu ingat, hormati hutan dan jangan paksa diri kalau dah pewai.

So macam inilah rupa basic first aid hiking kit aku, korang punya macam mana, share la sikit? Apapun, selamat hiking dan hikinglah dengan selamat 👍

Please follow and like us:
error
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *