Tag: hikersbuncit

  • Hiking ke Air Terjun Setinggi, Serendah

    Hiking ke Air Terjun Setinggi, Serendah

    Jangan keliru dengan Air Terjun Serendah, Air Terjun Setinggi ini terletak di Serendah, Selangor dan korang kena hiking untuk sampai ke sana..

    Beberapa tahun dahulu trail head ke waterfall ini ditutup kerana kerja² construction, mujur guide tempatan kebetulan satu office dengan BJ info ke kami; trail sudah di-‘buka’ kembali.

    So apalagi, kami pun pakat ramai² la ke sana. Siap ada yang bawa anak.

    Untuk ke sana, waze ke Taman Bandar Baru Serendah. Cari barisan rumah perumahan yang ada jalan kecil di belakang (tengok video). Jalan ini akan bawa korang ke trail head air terjun ini (melintasi 2-3 kilang kecil)

    • Buncit Difficulty : 3/5
    • Leech Attack : 2/5

  • Hiking up Bukit Batu Putih Port Dickson for those Insta shots

    Hiking up Bukit Batu Putih Port Dickson for those Insta shots

    If you guys are in search of a short hike worth of Instagram then head over to Bukit Batu Putih Port Dickson..

    Just a short trail just before the Tanjung Tuan Lighthouse will bring you to the Batu Putih look out point. Expect crowds on weekends.

    There’s some additional trails following the look-out point, one goes down to Monkey Bay where, at the end forks. Take right to Monkey Bay and left (like what we did in the video) to make a complete round the cape. It is worthwhile of your time.

    To get there, head to Port Dickson on the PLUS highway. Get on the trunk road towards Melaka and look for the Lagun Biru/PNB Ilham Resort signboard to the right. Follow the road to Ilham Resort. The entry to Tanjung Tuan Lighthouse is just after the resort. Parking is ample.

    • Hikersbuncit difficulty rating: 2/5 (with unexpected twist)
    • Leech Attack: 0/5

  • Nikmat air sejuk Lata Chemperoh, Janda Baik

    Nikmat air sejuk Lata Chemperoh, Janda Baik

    Kali ni kami pilih untuk ke Lata Chemperoh sebab trail-nya dikhabarkan tahap “easy”. So kami ajak lagi kawan² lain yang dah lama pendam hasrat nak join hiking tapi seram sejuk memikirkan “keperitan vs keseronokan” hiking

    Air terjun kecil ni memang glamour sebab selalu dijadikan tempat persinggahan geng panjat Gunung Nuang untuk basah² diri hilangkan penat dan dahaga.

    Untuk ke sana, pandu ke Janda Baik. Waze training center “ILMU” (UMNO). Sebelahnya ada parking siap toilet dan surau. Seberang parking tu nanti boleh nampak sign board ke Nuang.

    Trail naik ke lata agak mendatar. Jalan slow² pun ok. Kids friendly lagi. Cuma awas, airnya luar biasa sejuk!

    • Trail Difficulty: 3/5
    • Leech Attack: 1/5

  • Di Sungai Lepoh Hulu Langat ada slide yang BEST!

    Di Sungai Lepoh Hulu Langat ada slide yang BEST!

    Sungai Lepoh Hulu Langat adalah antara tempat favorite orang berkelah, tapi kalu korang naik lagi sebenarnya terdapat waterfall yang ada slide awesome..

    Untuk ke sana, hala ke Pangsun dan cari signboard “Sg Lepok” di sebelah kiri. Start trail nya lepas kampung dan mengambil masa kira² 1.5 jam untuk sampai ke air terjunnya.

    Ini port paling anak aku suka, sebab kolam dia besar dan ada slide yang gila awesome. Trailnya mudah, walaupun ada simpang siur tapi ada markers di ikat di lokasi strategik.

    • Hikersbuncit Difficulty Rating: 3/5
    • Leech Attack: 0/5

  • Hiking pancit di Lata Medang Kuala Kubu Bharu

    Hiking pancit di Lata Medang Kuala Kubu Bharu

    Kali ni kami decide nak try hiking jauh sikit, So Bj dengan selamba-nya suggest Lata Medang Kuala Kubu Bharu sebabnya minggu sebelum tu dia dah bawa sefamili ke Lata Jerbus (bawah sikit)

    Trip kali ni ramai sikit, Aku, Bj, Alip, Pau, Wez dan Zeff (member Alip)

    Nak ke air terjun ini, sila bangun awal dan drive ke arah Bukit Fraser. Lepas dari pekan Kuala Kubu nanti akan sampai ke area Selangor Dam. Tengok kanan, ada satu sign-board “Kampung Pertak”.

    Masuk kanan and teruskan perjalanan sampai lah ke area kampung. Nanti nampaklah area orang parking. Ada bayaran dikenakan sebelum nak masuk tu, ada-lah nanti orang setempat tunggu depan pondok

    • Hikersbuncit Difficulty Rating: 4/5
    • Leech Attack: 0/5