Kalau masuk hutan tu, mesti ada kena gigit pacat. Sebab tu dalam vlog post hikersbuncit, kami ada letak rating serangan binatang ini. Kali ini, kami nak share petua hindar gigit pacat semasa hiking..
Ultimately aku akan pakai stokin bola panjang sampai lutut, atau aku jadikan sarung lengan rempit sebagai stokin panjang.
Macam Pau, dia suka pakai stokin pacat beli online je, mudah katanya.
Tapi, budak² banyak kerenah terutamanya bila stokin tebal dan panjang ni kan panas. So apa yang kita boleh buat ialah pakai;
Air rendaman tembakau semalaman
- Hisap rokok bagi puas dulu
- Ambil sebatang dua rokok atau agak² je, ramas dan rendam dalam air kosong yang disimpan dalam botol
- Esok bila nak pergi hiking, lumur air rendaman tembakau tadi pada kaki dan doa lebih² sikit

Dulu aku try juga air rendaman tembakau ni, tak berapa jadi kat kawasan langat sebab pacat dia lain macam gelitis!
Jadi satu lagi tips ialah bawa minyak cap kapak. Calit je kat pacat tu, tergedik dia nanti kepanasan terus jatuh. Tips ni aku praktik masa pergi Jeram Perlus, dia punya pacat Masya Allah dah macam berpesta kat kaki