Category: Tips Hiking

  • 3 JENIS DAPUR GAS HIKING YANG KORANG BOLEH BAWA

    3 JENIS DAPUR GAS HIKING YANG KORANG BOLEH BAWA

    Kalau nak hiking, tak kisahlah naik gunung ke air terjun, bila di puncak mesti sedap layan permandangan dengan air kopi panas kan? Sebab itu perlu juga kita bawa dapur gas hiking naik ke atas.

    Kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua, jenis dapur gas yang biasa kami bawa, nak bawa masa camping pun boleh, janji mana yang senang untuk korang.

    dapur gas hiking
    Dapur Gas Mini

    #1 – Dapur Gas Mini

    Aku suka jenis yang ini sebab kompak dan mudah. Kalau beli kat shopee tu biasanya dapat casing lagi, jadi bila tak digunakan senang kita nak storage. Masuk gas butane, pulas. Tak perlu pakai api sebab dia dah ada starter “ketek ketek” tu.

    Kelemahan dia, kau kena cari tempat yang rata sebab bila dah masuk gas butane tu, boleh tahan juga makan space. Jadi kalau tempat kau tak rata, jenuh juga nanti nak kena adjust.

    Dapur Gas Mini (split type)

    #2 – Dapur Gas Mini – Split Type

    Yang ini pula jenis kedua yang korang boleh beli. Dulu kami bawa ni juga, kata BJ bila boleh split tapak gas dan hose, senang sikit untuk bawa. Tambahan pula, kau tak perlu tempat besar untuk setup dapur gas hiking jenis ni. Permukaan tak rata pun takda masalah.

    Cuma, satu benda yang aku perasan, dan Bj pun asyik komplen. Sebab kau selalu buka pasang buka pasang hose tu, lama² sambungan dia jadi longgar dan gas boleh leaking keluar. Bahaya tu, boleh jadi punca terbakar

    Dapur Gas Portable

    #3 Outdoor Portable Gas Stove

    Ok, jenis dapur portable ni, biasanya aku akan pakai kalau trip camping saja. Berat kot kalau nak bawa hiking. Kau nak bancuh kopi dengan masak megi mee kari saja pun. Tapi sekarang kami bawak jenis yang ini je, senang bukak terus boleh on masak!

    Kalau nak beli online tu make sure beli sekali dengan casing dia, senang sikit nak masuk beg.

    Senang juga nak pakai, anak aku pun boleh masak pakai dapur jenis ni. Kunci punat tu untuk “lock” gas, pulas saja starter dan adjust gas flow untuk kuat/slow api.

    Ok, itu saja kot 3 dapur gas hiking yang ada di pasaran, cuma ada juga bentuknya mungkin berbeza terutamanya yang dari US. Dah kalau dapur je ada periuk semua macam mana?

    Mess Tin & Kole

    Untuk yang tak tahu, benda bentuk 4 segi namanya mess tin. Kira multipurpose lah. Itu lah tempat aku masak air, masak megi, goreng hotdog. Sikit tips: balut handle dengan tali untuk elak tangan terkena kepanasan melampau

  • FIRST AID KIT HIKING SIMPLE & SENANG DIBAWA

    FIRST AID KIT HIKING SIMPLE & SENANG DIBAWA

    Bila hiking tu memang seronok, namun keselamatan juga perlu diberikan keutamaan. Kali ini aku nak kongsi sikit pasal first aid kit hiking basic yang biasa aku bawa dalam trip hiking hikersbuncit

    Kali ni aku nak kongsi apa yang aku isi dalam first aid kit/survival kit aku. Kalau trip ada Doc K atau Doc L aku tak kisah sangat. Tapi diorang selalu busy, jadi aku la poyo² jadi first aider, kononnya sebab ada training

    first aid kit hiking
    First Aid kit + Basic survival tools

    Kebiasaannya aku pack basic first aid saja. Terpulang kepada masing² lah, asalkan barang kau tau guna. Pada aku tiada yang terbaik, atas kita untuk menyediakan first aid kit hiking basic untuk kecemasan.

    #1 First Aid Kit

    Ini list aku; set first aid ni aku beli kat Parkson dulu and aku tambah apa² lagi yang aku rasa perlu. Tak pun kau yang dah lengkap dan berisi. Decathlon punya pun dah jual kat shopee.

    Antara benda dalam first aid yang korang perlu tahu, in case nak top-up or beli asing²:

    1. Triangular Bandage – Ini barang banyak guna. Boleh buat support, boleh buat balut.
    2. Alcohol/Iodin Swab Pad – Kalau ada luka tu, kena prep dulu. Jadi guna swab pad untuk cuci dan bunuh kuman
    3. Gauze Pad – Bila dah prep luka, boleh balut dengan gauze pad. Macam jaring la.
    4. Crepe rolls – Yang kau guna utk ikat gauze pad. Balut sesedap rasa.
    5. Plaster – Barang standard untuk tampal luka kecil. Bila bawa budak, kau tempel ja plaster. Banyak sangat barang cuak pula budak
    6. Safety Pin – Stok aku dah habis, so aku standby jarum ja. Selit je mana² kau rasa perlu.
    7. Gunting – Nak potong, mekap apa yang patut.
    8. Selotape – Stok aku dah habis, rasanya buat balut anak Karam luka masa trip ke Setinggi. Guna tape untuk mekap apa yang patut.
    9. Ameltz Yoko atau Koyok – Yang ni cepat habis. Kalau dah buncit, sekali sekala kau bajet nak hiking, confirm cramp.
    10. Mozzi Patch/Oil – aku pakai essential oil aerinaorganics. Yang ni khas untuk puak darah manis yang nyamuk suka
    11. Panadol – Pain killer wajib ada, terutamanya bila ada member yang pewai, kau telan saja 2 biji.

    #2 Survival Tools

    Kita ni mampu merancang saja, mana nak tahu tertimpa musibah sampai kau terperangkap dalam hutan. Jadi, selain dari first aid kit hiking ni, basic survival kit kena ada juga. Biasanya aku pack barang seperti berikut;

    1. Ration – Ikut kau lah, aku bawa biskut/coklat boleh tahan 2 hari. Buat alas perut sementara tunggu pihak keselamatan rescue
    2. Wisel – Ini penting. Tiup sekuat hati kalau kau terperangkap dalam gaung ke apa. Senang penyelamat nak locate kau. Sebenarnya ada sistem bunyian. Aku pun tak ingat sequence bunyi macam mana, tiup sajalah bagi bunyi asalkan orang dengar. Paling koman belajar Morse code – S.O.S
    3. Coleman Multitool – Kita bukan McGyver. Tapi ada pisau canggih boleh juga kau potong kayu ke ranting buat unggun api kecil.
    4. Lampu – Kalau dah sangkut hutan sampai malam, kau berani sangat dalam gelap? Bagusnya yang boleh ikat kat kepala macam yang jual kat Decathlon
    5. Flint/Lighter – Nak hidupkan api. Kalau reti nak hidupkan api macam dalam movie, takpalah

    Kalau tiada training first aid, rajin² tengok youtube. Banyak video ada yang boleh kita rujuk, cara² nak handle situasi kecemasan bila ada kawan atau diri sendiri tercedera.

    Apapun, yang paling penting dan sentiasa perlu ingat, hormati hutan dan jangan paksa diri kalau dah pewai.

    So macam inilah rupa basic first aid hiking kit aku, korang punya macam mana, share la sikit? Apapun, selamat hiking dan hikinglah dengan selamat

  • 3 TEMPAT AIR TERJUN DI SELANGOR YANG MENARIK (HULU LANGAT)

    3 TEMPAT AIR TERJUN DI SELANGOR YANG MENARIK (HULU LANGAT)

    Setakat ni Hikersbuncit dah hiking semua air terjun di Hulu Langat, tapi kalau ada yang terlepas tu, bagi la tau kami. Kali ini aku nak kongsi dengan korang 3 tempat air terjun di Selangor yang menarik (Hulu Langat)..

    Sudah hampir 2 tahun hikersbuncit hiking mencari air terjun, kebanyakkan bertumpu di daerah Hulu Langat, Selangor. Sebab utama mungkin faktor jarak dari rumah masing² dan juga mungkin tarikan aura sekolah lama di Kajang dahulu.

    List ini hanyalah ikut selera tekak kami, mungkin korang ada tempat yang lagi best ke, kongsilah dengan kami di bahagian komen.

    Kriteria pula berdasarkan 3 perkara saja; Kepayahan Trail, Kecantikan Waterfall dan Kenikmatan Mandian.

    Berikut adalah pilihan top 3 kami, turutan dari paling best ke kurang best (klik untuk tengok video)

    1. Jeram Perlus
    2. Air Terjun Lawing
    3. Lata Bomoh Ali

    Semoga anda juga selamat sampai ke semua tempat best hiking ni dan menikmati trail serta berkubang dengan jayanya

  • PETUA HINDAR GIGIT PACAT SEMASA HIKING ATAU CAMPING

    PETUA HINDAR GIGIT PACAT SEMASA HIKING ATAU CAMPING

    Kalau masuk hutan tu, mesti ada kena gigit pacat. Sebab tu dalam vlog post hikersbuncit, kami ada letak rating serangan binatang ini. Kali ini, kami nak share petua hindar gigit pacat semasa hiking..

    Ultimately aku akan pakai stokin bola panjang sampai lutut, atau aku jadikan sarung lengan rempit sebagai stokin panjang.

    Macam Pau, dia suka pakai stokin pacat beli online je, mudah katanya.

    Tapi, budak² banyak kerenah terutamanya bila stokin tebal dan panjang ni kan panas. So apa yang kita boleh buat ialah pakai;

    Air rendaman tembakau semalaman

    1. Hisap rokok bagi puas dulu
    2. Ambil sebatang dua rokok atau agak² je, ramas dan rendam dalam air kosong yang disimpan dalam botol
    3. Esok bila nak pergi hiking, lumur air rendaman tembakau tadi pada kaki dan doa lebih² sikit
    petua hindar gigit pacat

    Dulu aku try juga air rendaman tembakau ni, tak berapa jadi kat kawasan langat sebab pacat dia lain macam gelitis!

    Jadi satu lagi tips ialah bawa minyak cap kapak. Calit je kat pacat tu, tergedik dia nanti kepanasan terus jatuh. Tips ni aku praktik masa pergi Jeram Perlus, dia punya pacat Masya Allah dah macam berpesta kat kaki

  • KAMI KONGSI TIPS MEMBAWA TELUR AGAR TIDAK PECAH SEMASA HIKING

    KAMI KONGSI TIPS MEMBAWA TELUR AGAR TIDAK PECAH SEMASA HIKING

    Bila tiba di puncak atau waterfall, sangat nikmat jika boleh kena kopi panas dan megi kari telur kan? Kali ni aku nak kongsi tips membawa telur agar tidak pecah semasa hiking..

    Setakat ini, dengan kaedah bungkus aku ni belum pernah ada telur yang pecah semasa aktiviti hiking. Jadi, sajalah aku nak berkongsi tips dengan korang, mana tahu lain sikit dari biasa

    tips membawa telur agar tidak pecah

    Cari bekas macam dalam gambar atas. Biasanya ada dijual di kedai outdoor, ace hardware atau boleh je beli online

    Macam² saiz dan bentuk ada. Biasanya bekas telur ni datangnya ada handle, aku potong sebab nak bentuk sama rata – senang nak simpan dalam beg. Bahagian dalam pula, kita pack dengan tisu dan/atau plastik beg (boleh guna jadi plastik sampah nanti). Ini untuk elak gegaran yang boleh menyebabkan telur² pecah kat dalam.

    bekas telur 2

    Tutup dan ikat dengan bungee chord. Boleh beli di kedai hardware. Yang ada bola ni orang putih pakai utk ikat fly sheet, boleh beli di Ace hardware atau Daiso. Aku pakai yang jenis ini sebab memang dah ada, guna untuk diving. Tak kisah la macam mana kan, janji boleh ikat je.

    Alhamdulillah, so far setup aku ni belum ada telur yang pecah. Korang bungkus macam mana?