Category: Vlog

  • BUKIT WAWASAN PUCHONG HIKING WATERFALL

    BUKIT WAWASAN PUCHONG HIKING WATERFALL

    Dah lama aku dengar, dekat rumah aku ada waterfall best dalam ayer hitam reserve – Blue Lagoon. Biasa orang akan naik ikut bukit wawasan Puchong.

    Bebudak UPM lah, dulu cerita ada port best diorang mandi. Airnya biru, katanya ada konten mineral tinggi. Sekarang, Blue Lagoon tak boleh masuk. Dengarnya dah kena kepung, malah ada renjer yang jaga.

    Rasa nak lebur RM10k bayar denda silakan.

    Jadi, kali ini aku ajak geng hikersbuncit ke kawasan bersebelahan – Bukit Wawasan Puchong. Bukit ini dari dulu aku tau memang port untuk uncle², auntie² pecah peluh. Jangan pandang rendah geng, mau kau tercicir kalau ikut old timers ni.

    Trailnya orang kata senang, bohong. Sebab start dia kau akan pam terus naik. Kami tanya orang sekeliling, macam mana nak ke waterfall. Mcm² info, sampai sesat lah kitorang.

    Trailnya ada banyak, dan diberitakan hampir semuanya akan lalu juga waterfall bukit wawasan. Jika mahu ke Blue Lagoon, ada trail lain yang perlu diambil di puncak.

    Info kurang, jadi aku redah jelah dengan BJ, Gaban, Katik, Ajaq, Pakdy.

    bukit wawasan puchong
  • Kita repeat Air Terjun Sofea Jane, Kemensah

    Kita repeat Air Terjun Sofea Jane, Kemensah

    Disebabkan ada rasa lemau, jadi kami decide untuk hiking ringan² saja. Apa lagi ke air terjun Sofea Jane lah lagi..

    Asalnya nak ke Lata Maya Karin, namun sebab aku, BJ, Wez & Pau pun start lambat kitorang target ke Sofea Jane sajalah dulu.

    Track ni memang sesuai sangat untuk beginners, malah masa mula² kitorang start hiking, inilah trail yang kitorang layan dulu. Mujur hari trekking kering, kalau basah, banjir jugak trail tu dikerjakan geng ATV.

    Air terjun di Kemensah ni ada 5 kesemuanya, yang mana sudah ditukarkan nama kepada nama artis² (part ni aku tak faham kenapa). Dulu ada papan tanda penunjuk semua POI lata ni, tapi hari kitorang hiking ni, papan tanda tu dah ranap

    Kat bawah ni aku susun Air Terjun / Lata dari bawah seingat aku lah. Korang boleh jugak cari blog hikers lain yang ada gambar papan tanda penunjuk kesemua air terjun ni;

    • Air Terjun Kubang Gajah (Sofea Jane)
    • Tempat kami lepak
    • Cabang Sungai
    • Kanan ke Lata Syam
    • Kiri ke Lata Pinang
    • Seterusnya ke Lata Maya Karin
    • dan berhampiran Lata Neelofa

    So harap korang yang duduk dekat area KL yang tetiba kempunan nak hiking tu bolehlah layan trail Kemensah ni. Sampai atas, bolehlah layan berendam.

  • Trail mudah di Air Terjun Ulu Tamu

    Trail mudah di Air Terjun Ulu Tamu

    Setelah beberapa bulan tak hiking, kami akhirnya berjaya kumpul untuk hiking ke air terjun Ulu Tamu, Batang Kali.

    Kali ini agak meriah; aku, bj, eddy (shutterscream), pau, wez, pakdy dan matreh melepas gian.

    Untuk ke sana, pandu menghala ke serendah. Waze pun sudah ada pin location (air panas Hulu Tamu)

    Nanti anda akan sampai ke perkampungan orang asli. Teruskan sahaja perjalanan sehingga berjumpa parking lot sebelah kiri, betul² sebelum sungai.

    Hike ini agak mudah, dalam sejam sahaja, cuma banyak kali lintas sungai. Jika tak nak kasut basah, pakailah adidas kampung 😁

    Dengan menggunakan apps wikiloc, sudah banyak trail yang telah di-upload. Jadi kami follow sahaja salah satu. Cuma, ada 2 cabang yang akan anda jumpa.

    Kami sentiasa ambil cabang ke kanan, sehingga berjumpa air terjun kedua (Lata Enchau). Dari atas, perlu turun curam untuk ke waterfall.

    Selamat Mencuba!

    • Hikersbuncit Difficulty: 2/5
    • Pacat Attack: 0/5

  • Pencarian Air Terjun Lawing di Hulu Langat

    Pencarian Air Terjun Lawing di Hulu Langat

    Lama betul tak hiking, masing² busy dengan schedule tersendiri. Jadi bila ada peluang, hikersbuncit menjejak Air Terjun Lawing, Hulu Langat.

    Trip kali ini agak ramai, mungkin semangat tahun baru! Ada jugak muka baru tiba² nak try hiking; Gaban, Katik.

    Jalan nak masuk agak tricky. Tapi, ikut saja waze “air terjun lawing hulu langat” cuma, dalam waze last positionnya jauh tersasar. Jadi lepas kami tanya pakcik² area situ, baru tahu jalan mula nak ke Lawing ni. Lepas Kampung Sungai Lui, buka mata besar² dan perhatikan sebelah kiri kolam yang ada banyak pondok pacak.

    Bila dah jumpa, terbaiknya parking saja di kawasan lapang berhampiran. Kalau tak kisah (jalan sempit, berlubang), boleh teruskan perjalanan dengan kereta terus ke checkpoint ke-dua iaitu kawasan lapang parking kereta (ini dalam wikiloc sudah separuh perjalanan)

    • Buncit difficulty: 2.5/5
    • Leech attack: 2/5

    Kemaskini Feb 2023:

    Maklumat lengkap untuk ke trail head sila ke Air Terjun Bertingkat Gapok

  • Jeram Perlus – Toughest hike so far

    Jeram Perlus – Toughest hike so far

    Jeram Perlus is arguably the highest waterfall in Selangor.

    To get there, drive to Sg Gabai. Find the left turn to Kampung Orang Asli Sungai Gabai. Follow the road to the kampung. The trail starts at the end of the kampung, ask the kampung folks for direction if in doubt.

    Markers are now almost at important turns along the trail.

    This is by far the toughest trail we did. It took us roughly 4 hours to reach the falls. This is of cause due to sudden physical restriction (hehe)

    • Buncit difficulty rating: 4.5/5
    • Leech attack: 5/5 (Leeches here are crazy)