Pencarian Air Terjun bertingkat Gapok (Sungai Gobok), Gunung Hitam Hulu Langat

Sebab tak puas hati trip hiking ke Jeram Kedah, hikersbuncit repeat ke Hulu Langat. Asalnya mahu ke Jeram Mata Gajah, akhirnya tukar plan ke tempat yang akhirnya kami ketahui dinamakan Air Terjun Sungai Gapok Gunung Hitam

Mulanya kami ambil keputusan untuk ke Air Terjun Lawing sahaja sehinggalah diberitahu Gaban, dia pernah ke Air Terjun Gapok beberapa bulan dulu tapi bukan ke Lawing, ada cabang lain sungai dan air terjun dia dikatakan macam Niagara Falls (Gaban kalau bercerita..)

Untuk ke sana, google je Gunung Hitam Trail Head hala ke Kampung Orang Asli Paya Lebar. Google street view kat bawah ni, lepas Surau Kampung Sungai Lui ready ambil simpang kiri.

Pandu sikit dan korang akan nampak kolam ikan bakar Sri Nikat. Dekat sini korang boleh parking untuk menapak dalam 2km ke trail head. Tanya la dulu orang² situ mana tempat boleh parking, nanti kacau jalan orang pula.

Tapi.. kalau rasa hati kering boleh je nak masuk terus sampai ke parking trail head. Jalan dia sempit, tak rata, ada bahagian yang berlopak (ada paip pecah). Kami malas menapak, and masa pun dah matahari tegak, maka redah saja lah (sebenarnya malas)

Kalau naik kereta slow² ni ada la kot 15 minit perjalanan sampai ke parking, yang belah kiri.

Ikuti pengalaman kami mencari air terjun bertingkat Gapok ni, walaupun tak jumpa namun dapat spot air terjun adik beradik dia pun jadi lahhhh

Trail agak lama terbiar, mungkin sejak PKP bertambah lagi terbiar. Bagus bawa parang untuk clearkan apa yang patut. Kami ada tandakan starting point untuk turun ke air terjun yang kami singgah dengan plastik biru, harap dapat membantu.

Apapun, trip kali ni sangat enjoy dan memandangkan dikatakan ada 11 tingkat air terjun, hikersbuncit berhajat nak tawan semua tingkat di Air Terjun Sungai Gapok Gunung Hitam ini!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *