Tag: waterfall

  • Akhirnya, Hikersbuncit sampai di air terjun teratas Sungai Gapok! (rasanya lah)

    Akhirnya, Hikersbuncit sampai di air terjun teratas Sungai Gapok! (rasanya lah)

    Dalam entri lepas, kami kongsikan trip ke Sungai Gapok/Gobok yang mana berakhir di tingkat ke-5. Masa itu, kami nekad mahu sampai ke tingkat teratas sebab dari cerita Gaban, cantiknya macam Niagara Falls haha.

    Trip kali ni, ramai juga disertai oleh Aku, Bj, Gaban, Katek, Mankaq, Wez & Abg Lutfi (otai hiking). Abg Lutfi sebenarnya dijemput oleh Pau, sekali orang yang jemput diserang gaut terus cancel trip.

    Macam biasa, perjalanan kita bermula dari trail head ke Gunung Hitam, Hulu Langat dan diteruskan saja menyusuri denai. Ketika trip pertama kami ke sini, perjalanan kami tersekat kerana beberapa halangan seperti pokok tumbang dan trail semak (pasca PKP).

    Trip kali ini kami bawa parang, just in case. Tapi bila kami jejak denai kami dapati banyak jalan dah terang. Orang kampung mungkin clearkan jalan sebab kat atas ada juga tanah yang diusahakan.

    Alhamdulillah, kami sampai juga ke air terjun tingkat terakhir Sungai Gapok. Permandangan dia best gila. Air pun cantik. Cuma, aku ada naikkan dron untuk tinjau, nampak dari jauh macam ada lagi tingkat kat atas. Kata Gaban, trip lepas dia guide kata atas tu punca air.

    Dari kesan sekeliling, memang ada saja orang pernah ke sini, malah kami rasakan ada yang mungkin bermalam di sini berdasarkan kesan2 “camping”. Jadi ok lah, tak la kami rasa seram sangat takut tempat yang terbiar lama ni macam2 ceritanya.

    sungai gapok

    Menurut Gaban, air terjun ni dah berubah sikit landskapnya. Ini mungkin kerana banjir besar terakhir di Hulu Langat. Ada batang2 pokok tumbang yang hanyut sampai ke sini, dan gigi air pun ada berubah katanya lagi.

    Apa pun, trip ni memang enjoy sebab dirasakan sangat berbaloi setelah 3 kali percubaan untuk ke sini. Wajib repeat!

    • Tempoh hiking (speed buncit): 40-60 mins
    • Kepayahan trail: 3/5
    • Serangan pacat: 1/5
  • Pencarian Air Terjun bertingkat Gapok (Sungai Gobok), Gunung Hitam Hulu Langat

    Pencarian Air Terjun bertingkat Gapok (Sungai Gobok), Gunung Hitam Hulu Langat

    Sebab tak puas hati trip hiking ke Jeram Kedah, hikersbuncit repeat ke Hulu Langat. Asalnya mahu ke Jeram Mata Gajah, akhirnya tukar plan ke tempat yang akhirnya kami ketahui dinamakan Air Terjun Sungai Gapok Gunung Hitam

    Mulanya kami ambil keputusan untuk ke Air Terjun Lawing sahaja sehinggalah diberitahu Gaban, dia pernah ke Air Terjun Gapok beberapa bulan dulu tapi bukan ke Lawing, ada cabang lain sungai dan air terjun dia dikatakan macam Niagara Falls (Gaban kalau bercerita..)

    Untuk ke sana, google je Gunung Hitam Trail Head hala ke Kampung Orang Asli Paya Lebar. Google street view kat bawah ni, lepas Surau Kampung Sungai Lui ready ambil simpang kiri.

    Pandu sikit dan korang akan nampak kolam ikan bakar Sri Nikat. Dekat sini korang boleh parking untuk menapak dalam 2km ke trail head. Tanya la dulu orang² situ mana tempat boleh parking, nanti kacau jalan orang pula.

    Tapi.. kalau rasa hati kering boleh je nak masuk terus sampai ke parking trail head. Jalan dia sempit, tak rata, ada bahagian yang berlopak (ada paip pecah). Kami malas menapak, and masa pun dah matahari tegak, maka redah saja lah (sebenarnya malas)

    Kalau naik kereta slow² ni ada la kot 15 minit perjalanan sampai ke parking, yang belah kiri.

    Ikuti pengalaman kami mencari air terjun bertingkat Gapok ni, walaupun tak jumpa namun dapat spot air terjun adik beradik dia pun jadi lahhhh

    Trail agak lama terbiar, mungkin sejak PKP bertambah lagi terbiar. Bagus bawa parang untuk clearkan apa yang patut. Kami ada tandakan starting point untuk turun ke air terjun yang kami singgah dengan plastik biru, harap dapat membantu.

    Apapun, trip kali ni sangat enjoy dan memandangkan dikatakan ada 11 tingkat air terjun, hikersbuncit berhajat nak tawan semua tingkat di Air Terjun Sungai Gapok Gunung Hitam ini!

  • BUKIT WAWASAN PUCHONG HIKING WATERFALL

    BUKIT WAWASAN PUCHONG HIKING WATERFALL

    Dah lama aku dengar, dekat rumah aku ada waterfall best dalam ayer hitam reserve – Blue Lagoon. Biasa orang akan naik ikut bukit wawasan Puchong.

    Bebudak UPM lah, dulu cerita ada port best diorang mandi. Airnya biru, katanya ada konten mineral tinggi. Sekarang, Blue Lagoon tak boleh masuk. Dengarnya dah kena kepung, malah ada renjer yang jaga.

    Rasa nak lebur RM10k bayar denda silakan.

    Jadi, kali ini aku ajak geng hikersbuncit ke kawasan bersebelahan – Bukit Wawasan Puchong. Bukit ini dari dulu aku tau memang port untuk uncle², auntie² pecah peluh. Jangan pandang rendah geng, mau kau tercicir kalau ikut old timers ni.

    Trailnya orang kata senang, bohong. Sebab start dia kau akan pam terus naik. Kami tanya orang sekeliling, macam mana nak ke waterfall. Mcm² info, sampai sesat lah kitorang.

    Trailnya ada banyak, dan diberitakan hampir semuanya akan lalu juga waterfall bukit wawasan. Jika mahu ke Blue Lagoon, ada trail lain yang perlu diambil di puncak.

    Info kurang, jadi aku redah jelah dengan BJ, Gaban, Katik, Ajaq, Pakdy.

    bukit wawasan puchong
  • Trail mudah di Air Terjun Ulu Tamu

    Trail mudah di Air Terjun Ulu Tamu

    Setelah beberapa bulan tak hiking, kami akhirnya berjaya kumpul untuk hiking ke air terjun Ulu Tamu, Batang Kali.

    Kali ini agak meriah; aku, bj, eddy (shutterscream), pau, wez, pakdy dan matreh melepas gian.

    Untuk ke sana, pandu menghala ke serendah. Waze pun sudah ada pin location (air panas Hulu Tamu)

    Nanti anda akan sampai ke perkampungan orang asli. Teruskan sahaja perjalanan sehingga berjumpa parking lot sebelah kiri, betul² sebelum sungai.

    Hike ini agak mudah, dalam sejam sahaja, cuma banyak kali lintas sungai. Jika tak nak kasut basah, pakailah adidas kampung 😁

    Dengan menggunakan apps wikiloc, sudah banyak trail yang telah di-upload. Jadi kami follow sahaja salah satu. Cuma, ada 2 cabang yang akan anda jumpa.

    Kami sentiasa ambil cabang ke kanan, sehingga berjumpa air terjun kedua (Lata Enchau). Dari atas, perlu turun curam untuk ke waterfall.

    Selamat Mencuba!

    • Hikersbuncit Difficulty: 2/5
    • Pacat Attack: 0/5

  • 3 TEMPAT AIR TERJUN DI SELANGOR YANG MENARIK (HULU LANGAT)

    3 TEMPAT AIR TERJUN DI SELANGOR YANG MENARIK (HULU LANGAT)

    Setakat ni Hikersbuncit dah hiking semua air terjun di Hulu Langat, tapi kalau ada yang terlepas tu, bagi la tau kami. Kali ini aku nak kongsi dengan korang 3 tempat air terjun di Selangor yang menarik (Hulu Langat)..

    Sudah hampir 2 tahun hikersbuncit hiking mencari air terjun, kebanyakkan bertumpu di daerah Hulu Langat, Selangor. Sebab utama mungkin faktor jarak dari rumah masing² dan juga mungkin tarikan aura sekolah lama di Kajang dahulu.

    List ini hanyalah ikut selera tekak kami, mungkin korang ada tempat yang lagi best ke, kongsilah dengan kami di bahagian komen.

    Kriteria pula berdasarkan 3 perkara saja; Kepayahan Trail, Kecantikan Waterfall dan Kenikmatan Mandian.

    Berikut adalah pilihan top 3 kami, turutan dari paling best ke kurang best (klik untuk tengok video)

    1. Jeram Perlus
    2. Air Terjun Lawing
    3. Lata Bomoh Ali

    Semoga anda juga selamat sampai ke semua tempat best hiking ni dan menikmati trail serta berkubang dengan jayanya