Loading...
Vlog

AIR TERJUN DI KEMENSAH LAGI!

air terjun di kemensah
Ke Air Terjun Sofea Jane lagi!

Kalau di KL ni, ada beberapa tempat hiking popular untuk cari air terjun di Kemensah

Asalnya nak ke Lata Maya Karin, namun sebab aku, BJ, Wez & Pau pun start lambat kitorang target ke Air Terjun Sofea Jane sajalah dulu.

Track ni memang sesuai sangat untuk beginners, malah masa mula² kitorang start hiking, inilah trail yang kitorang layan dulu. Mujur hari trekking hari kering, kalau basah, banjir jugak trail tu dikerjakan geng ATV.

Air terjun di Kemensah ni ada 5 kesemuanya, yang mana sudah ditukarkan nama kepada nama artis² (part ni aku tak faham kenapa). Dulu ada papan tanda penunjuk semua POI lata ni, tapi hari kitorang hiking ni, papan tanda tu dah ranap

Kat bawah ni aku susun Air Terjun / Lata dari bawah seingat aku lah. Korang boleh jugak cari blog hikers lain yang ada gambar papan tanda penunjuk kesemua air terjun ni;

  • Air Terjun Sofea Jane (Kubang Gajah)
  • Tempat kami lepak
  • Cabang Sungai
  • Kanan ke Lata Syam
  • Kiri ke Lata Pinang
  • Seterusnya ke Lata Maya Karin
  • dan berhampiran Lata Neelofa

So harap korang yang duduk dekat area KL yang tetiba kempunan nak hiking tu boleh lah layan trail Kemensah ni. Sampai atas, bolehlah layan berendam.

Please follow and like us:
error
2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *