Loading...
Tips Hiking

KAMI KONGSI TIPS MEMBAWA TELUR AGAR TIDAK PECAH SEMASA HIKING

Bila tiba di puncak atau waterfall, sangat nikmat jika boleh kena kopi panas dan megi kari telur kan? Kali ni aku nak kongsi tips membawa telur agar tidak pecah semasa hiking..

Setakat ini, dengan kaedah bungkus aku ni belum pernah ada telur yang pecah semasa aktiviti hiking. Jadi, sajalah aku nak berkongsi tips dengan korang, mana tahu lain sikit dari biasa

tips membawa telur agar tidak pecah

Cari bekas macam dalam gambar atas. Biasanya ada dijual di kedai outdoor, ace hardware atau beli online kat Lazada.

Macam² saiz dan bentuk ada. Biasanya bekas telur ni datangnya ada handle, aku potong sebab nak bentuk sama rata – senang nak simpan dalam beg. Bahagian dalam pula, kita pack dengan tisu dan/atau plastik beg (boleh guna jadi plastik sampah nanti). Ini untuk elak gegaran yang boleh menyebabkan telur² pecah kat dalam.

bekas telur 2

Tutup dan ikat dengan bungee chord. Boleh beli di kedai hardware. Yang ada bola ni orang putih pakai utk ikat fly sheet, boleh beli di Ace hardware atau Daiso (takpun tengok kat sini). Aku pakai yang jenis ini sebab memang dah ada, guna untuk diving.

Alhamdulillah, so far setup aku ni belum ada telur yang pecah. Korang bungkus macam mana?

Please follow and like us:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)